Friday, July 17, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

ULASAN 

Assalamualaikum dan hai semua terutamanya kepada Encik Akmal sekiranya anda jumpa post ini. hahaha tapi masalahnya macam mana nak jumpa kalau  check pun tidak ye? *maaf saya gurau* 


Secara ringkasnya dalam pembikinan kalendar 2021 ni amatlah mencabar bagi saya terutamanya laptop saya yang dah nyawa-nyawa ikan sebab muat turun Photoshop ni haih. Tapi saya redha sebab saya dapat ilmu baru tentang pengeditan.


Proses penghasilannya tak susah seperti yang dijangka cuma susahnya bila laptop tak beri kerjasama. Asyik hang dan lag. 


Untuk muka depan dan bulan Januari sampai April agak mencabar sebab saya kekok lagi. Yang paling lurusnya saya guna background yang sama padahal boleh je nak tukar HAHHAHA. saya mana tahu, saya cuma ikan je eh gurau hahaha. Kemudian, bahagian gambar saya tak crop bagi sharp, jadinya nampak macam budak baru belajar betul ye. Tapi semua tu saya improve bila masuk bulan Mei sampai Desember. Smooth je sebab dah mahir. Semuanya baik baik saja. 


Masuk kepada proses nak save as picture tu mental torture jugak sebab lambat betul sampai saya tido, bangun, makan sampai tiga kali pun tak siap lagi. Tapi alhamdulillah laptop saya masih survive hingga ke hari ini.
Masalah yang terakhir saya hadapi ialah nak post kat blog tapi saiz besar sangat. --' 


Terpaksalah saya buat semula yang tak muat tu. Saya memang suka buat kerja banyak kali ni. Jadi, sekiranya En. Akmal atau Prof check dan ternampak ada lompong bagi bulan-bulan tertentu, saya menyusun sepuluh jari tangan dan kaki, jari member saya sekali untuk memohon maaf. Saya tak sempat buat. Kalau penuh dan cantik tu, sempatlah saya buat. Saya bukan sengaja ye, itu kekangan namanya. Biane Prof!


Itu je lah saya rasa ulasan saya untuk proses buat kalendar ni. Agak bahagia sebab dah boleh uninstall Photoshop. hahahaha
Itu sahaja ulasan saya. Sekian, terima kasih.


Yang paling redha,
Farihin San*

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021


MUKA DEPAN



BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

JANUARI


BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

FEBRUARI




BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

MAC


BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

APRIL


BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

MEI