Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: KELUARGA

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ini saya mahu menceritakan sedikit sebanyak tentang keluarga saya. Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. Saya mempunyai sepuluh orang adik beradik dan saya merupakan anak ke-8. Saya mempunyai lima orang kakak, dua orang abang dan dua orang adik. Ayah saya bernama Abd Manas bin Ibrahim dan ibu saya pula bernama Siti Asah binti Wahab dan berusia 61 tahun. Ibu dan ayah saya berasal dari Kedah.
Kakak saya bernama Siti Nor Hayati, Siti Noor Hidayah, Siti Noor Aini, Siti Noor Hasyimah dan Siti Nor Azizah. Kelima-lima orang kakak saya sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Ramai kan kakak saya? 

Abang saya pula bernama Muhammad Iqbal Fitri dan belum berkahwin manakala seorang lagi bernama Mohd Kharul Akhmal dan telah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sulung pada bulan Mac nanti. Adik saya pula bernama Abd Hadi dan berusia 18 tahun, lepasan SPM, manakala seorang lagi bernama Muhammad Adam Arif dan berusia 12 tahun serta bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.


Saya gembira kerana memiliki sebuah keluarga yang besar dan sentiasa membantu ketika menghadapi kesulitan. Ketika menyambut bulan Ramadhan dan hari raya pula, suasananya sungguh meriah kerana dipenuhi dengan ahli keluarga yang ramai. Ibu dan ayah pula tidaklah merasa sunyi apabila abang dan kakak yang sudah berkahwin berpindah kerana yang belum berkahwin masih ramai. 


Walaupun adik beradik saya ramai, kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak dinafikan sering juga berlaku salah  faham antara kami namun dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Saya sangat sayangkan keluarga besar saya dan berharap diberi peluang untuk membalas segala jasa dan pengorbanan keluarga saya suatu hari nanti. :)










No comments:

Post a Comment