Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: PENULISAN BLOG

10 Cara Penulisan Blog yang Baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Perkara di atas menerangkan tentang tatacara menulis blog yang baik bagi pengguna baharu. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menetapkan tajuk blog yang dapat menarik perhatian pembaca dan kelihatan lebih moden. Setelah itu, mulakan dengan postingan pertama yang juga menarik untuk dibaca oleh orang luar. Penggunaan ayat mestilah nampak menarik, ringkas dan padat serta dapat difahami. Penggunaan ayat yang berunsur humor dan jenaka juga merupakan salah satu cara untuk membuatkannya lebih menarik dan membantu untuk mendapatkan pembaca tetap. Hujah-hujah yang digunakan juga mestilah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan dan kaitkan dengan isu-isu semasa dan berita terkini. Setiap penulisan mestilah mudah untuk difahami dan susunan ayatnya tidak becelaru. Penulisan itu juga mestilah menggambarkan penulis sedang berkomunikasi dengan pembaca. Nilai moral dan estetika ditekankan dalam penulisan supaya pembaca dapat mengambil sesuatu daripada postingan anda. Akhir sekali, setiap penulisan mestilah didasari dengan ilmu pengetahuan yang luas tentang sesuatu yang disampaikan dalam postingan tersebut. 

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT


No comments:

Post a Comment