Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 1

Sinopsis Cerita Sosial 1



Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim pulang ke kampung datuk dan neneknya yang terletak di Kajang. Kepulangannya disambut mesra oleh datuk dan nenek. Semasa ibu, ayah, kakak dan abangnya sedang mengangkat barang, Alim pula tercari-cari ayam ayam dan itik kepunyaan atuk dan nenek tetapi tidak kelihatan lalu menangis kerana menyangka ayam dan itik telah mati. Atuk dan nenek datang memujuk dengan menunjukkan ayam dan itik yang ditempatkan di dalam reban baru. Alim berasa keliru namun berhenti menangis dan tersenyum melihat ayam dan itik yang berada di dalam reban baru. Setelah puas melihat ayam dan itik di dalam reban, Alim masuk ke rumah dan berasa keliru dengan keadaan dan suasana baru rumah. Alim berasa sedih dan menangis lagi kerana menyangka rumah datuk dan nenek sudah tiada. Nenek memujuk Alim sekali lagi dengan menceritakan perihal almari, katil, kerusi dapur kepada Alim. Alim berhenti menangis dan kembali ke ruang tamu menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Mereka bergelak ketawa bersama menonton rancangan kartun yang disiarkan. Ibu dan ayah berasa sedih melihat kelakuan Alim pada hari tersebut dan berasa hairan dengan gelagat Alim yang mudah menangis tanpa sebab. Namun ibu dan ayah berusaha untuk memahami keadaan Alim dan cuba untuk membantunya. Suasana di kampung telah membuatkan ikatan kekeluargaan Alim menjadi bertambah erat.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahmi (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

No comments:

Post a Comment