Thursday, February 27, 2020

BBM3210Satu2020: MODEL PENCERITAAN KELUARGA: BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak





[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati 
Menjaga budi pekerti
Keluarga yang saya cintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


 Model penceritaan ini bertemakan sebuah kekeluargaan. Seorang anak berasa puas hati dapat membantu ibu dan bapanya setiap hari. Dia dapat membantu dari pagi hingga ke malam. Dia membantu dari segi menguruskan rumah dan hal-hal lain. Dia membantu dari semua segi bagi memudahkan urusan ibu dan bapa. Walaupun kepenatan dengan hal-hal rumah, dia tetap meluahkan rasa gembira dapat membantu ibu dan bapa. Seorang anak itu juga menyatakan rasa sayangnya kepada ibu dan bapa. Dia berjanji akan berhati-hati dari segala hal. Dia akan berhati-hati dari segi keselamatan, pertuturan dan akhlak yang baik. Selain itu, dia juga berjanji untk menjaga budi pekerti apabila bersama dengan keluarga yang dicintai. Dia akan mencontohi budi pekerti ahli kelurganya yang lain dan bersikap baik. Seorang anak itu juga melafazkan kata sayang kepada ibu dan bapa, abang, kakak adik dan saudara. Baginya, semua ahli keluarga berada di sampingnya selalu ketika susah mahupun senang. Mereka sentiasa ada untuknya bagi berkongsi segala suka dan duka. Mereka juga sentiasa bersama. Cerita ini juga menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan yang erat bagi membentuk sebuah kelurga yang bahagia. Kelurga yang baik akan melahirkan ahli kelurga yang sentiasa menghormati dan sentiasa bersama. Keluarga juga penting untuk menjadi tonggak kekuatan ketika melakukan sesuatu tindakan. Oleh itu, semua ahli keluarga berperanan untuk membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.


 Rujukan:
Normaliza Abd Rahmi (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

No comments:

Post a Comment