Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN




KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN







Berdasarkan keputusan dan perbincangan melalui graf di atas , genre kesusasteraan dan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun.. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), peratusan puisi menunjukkan responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog iaitu sebanyak 66.7% lelaki dan 80% wanita. Cerpen pendek pula menunjukkan responden wanita mendauhului responden lelaki dengan peratusan sebanyak 86.7% lelaki dan 96.7% wanita. Mereka menulis cerpen pendek bagi menambah baik kemahiran menulis. Bagi penulisan skrip pula peratusan sebanyak 76.7% lelaki dan 93.3 wanita. Menulis skrip membantu mereka berimaginasi seperti yang ditulis. Bagi pantun pula, responden wanita tetap mendahului responden lelaki dengan peratusan sebanyak 86.7%  dan lelaki pula 66.7%






Graf menununjukkan penulisan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa. Menurut Normaliza Abd Rahim(2019) pembelajaran diperoleh melului penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Sebanyak 80% lelaki dan 83.3% wanita memilih untuk menulis surat kerana membantu meningkatkan keyakinan menulis. Mereka suka menulis dan menerima surat melalui blog kerana memberi lebih kepuasan. 100% golongan wanita memilih meluahkan perasaan melalui blog. Responden lelaki pula menyatakan perasaan malu untuk meluahkan perasaan di blog kerana dibaca oleh orang ramai. Menulis teka teki juga didahului oleh golongan wanita sebanyak 96.7% berbanding lelaki sebanyak 93.3%. Mereka suka menulis teka teki kerana menerima banyak komen jawapan kepada teka teki.




Penulisan blog membantu dalam pembelajaran teknologi. Responden suka untuk memasukkan video, audio dan gambar. Bagi mereka, teknologi memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu. Hantaran yang lengkap dapat dibuat dengan memasukkan gambar dan video dan memberi kepuasan kepada mereka. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), 100% golongan lelaki dan wanita memasukkan muzik video bagi kepuasan kepada mereka dan teruja untuk menyiarkan video klip kepada mereka.  Bagi audio pula 100% memasukkan audio ke dalam blog mereka dan mengandungi lagu kesukaan mereka. 10 lagu dimasukkan ke dalam senarai lagu. Bagi gambar pula, responden wanita lebih teruja untuk memasukkan gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit. Bagi mereka memuat turun gambar melalui telefon bimbit tidak memerlukan wayar dan mudah.


Berdasarkan keputusan perbincangan tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa melalui blog pelbagai manfaat dapat diperolehi sama ada kepada pelajar atau pengajar.



Rujukan:
Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment