Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJIK, 1997)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1997)



VanDijk (1997) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikian (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema suatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori VanDijk ini dibahagikan kepada tiga iaitu struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Struktur makro menekankan makna global daripada analisis teks dan superstruktur menerangkan tentang kerangka  suatu teks yang terdiri daripada pendahuluan, isi dan penutup. Struktur mikro memfokuskan kepada makna lokal daripada teks.

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment