Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020:CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Ringkasan Cerita Sosial 2:

Bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli di pasar tani. Bapa Alim membeli buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Bapa Alim tahu, anak-anaknya, Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buaha-buahan tempatan. Sesampainya di rumah, bapa menyuruh abang Imran memanggil adik-adik dan ibunya untuk makan bersama. Madinah dan Aisyah teruja melihat buah-buahan yang banyak  dan melompat kegembiraan. Ibu berpesan supaya meletakkan sampah di dalam bakul sampah dan jangan membuangnya merata-rata untuk mengelakkan rumah kotor dan bersepah. Alim dan adik-beradiknya mengangguk tanda faham. Alim menyatakan hasrat ingin memberi sedikit buah-buahan kepada jirannya Sulaiman kerana ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibu memuji sifat Alim yang ingat akan pesan ibu dan ayah sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik untuk diberikan kepada Sulaiman. Alim mengucapkan terima kasih kepada ibu dan berlalu menuju ke rumah Sulaiman. Selesai makan, Alim membantu abang Imran, Kak Madinah, ibu dan bapa untuk mengemas rumah. Alim membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang besar dan terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Alim menganggukkan kepala dan memberitahu Mak Cik Timah bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik. Mak Cik Timah mengangguk dan tersenyum gembira sambil berdoa semoga Alim dan keluarganya diberikan kesejahteraan yang baik. 




 Rujukan:
Normaliza Abd Rahmi (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

No comments:

Post a Comment