Sunday, March 15, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

Tugasan berkumpulan Minggu 5:

PAUTAN: https://youtu.be/XVKAP30jRRo


Jenis-Jenis Flatlay:

  1. Flatlay
  2. Halflay
  3. Quaterlay
  4. Zerolay
Jemput tengok yee! Selamat menonton. :)

BBM3410Satu2020: VIDEO ASAS FOTOGRAFI

Video Asas Fotografi:

Pautan: https://youtu.be/iYWFNFz-Lcw

Hasil video berkaitan asas fotografi :
1) siluet
2) pendua
3) kabur
4) bayang
5) Bird's eye view

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Jemput lah tonton yee! Jangan lupa like dan komen.

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: ELEMEN ASAS GRAFIK

Elemen Asas Grafik



→1. Mudah
- Apabila memandang sesuatu gambar, sesorang akan faham secara terus intipati gambar tersebut.
- Gambar tersebut mudah dibaca tanpa sebarang kekeliruan atau keraguan.

→2. Warna
- Gabungan warna dalam sesuatu gambaran atau foto.
- Gambar lebih menarik sekiranya ada 3 warna sahaja.
- Warna tersebut dipilih berdasarkan motif dan mesej yang ingin disampaikan.

→3. Teks
- Merujuk kepada jenis dan saiz font.
- Mesej yang ingin disampaikan melalui teks.
- Penggunaan warna dalam font penting dalam asas grafik.


→4. Kesesuaian
- Latar tempat, masa, watak yang tergambar mestilah bersesuaian dengan grafik.
- Ada hubungan dan kesinambungan antara latar yang menjadikan gambar kelihatan cantik.


→5. Keseimbangan
- Merujuk kepada ruang kiri dan kanan, atas dan bawah.
- Gambar mestilah seimbang supaya gambar nampak menarik.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

PETA MINDA: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJIK, 1997)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1997)



VanDijk (1997) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikian (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema suatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori VanDijk ini dibahagikan kepada tiga iaitu struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Struktur makro menekankan makna global daripada analisis teks dan superstruktur menerangkan tentang kerangka  suatu teks yang terdiri daripada pendahuluan, isi dan penutup. Struktur mikro memfokuskan kepada makna lokal daripada teks.

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)


STRATEGI KOMUNIKASI DORNYEI & SCOTT (1997)





Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabahasaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung , strategi tidak langsung dan strategi interaksi. 

Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulik sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hanpir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat ataupun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mudah daripada struktur asal ayat. Terjemah literal merupakan terjemaah sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sassaran. Seterusnya, pengantarabahasaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkaran yang tiada makna atau strategi  penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan ataupun bunyi yang tidak bermakna.

Secara ringkasnya, menuru Normaliza Abd Rahim (2019) strategi ini membahaskan tentang strategi komunikasi yang dibahagikan kepada tiga bahagian utama strategi langsung, strategi tak langsung dan strategi interaksi. ketiga-tiga bahagian berperanan untuk memastikan mesej yang ingin disampaikan, diterima dengan baik.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


Manfaat penggunaan Instagram ialah dapat membantu cara merakam video dan menonton cerita pendek pengguna lain di Instagram. Selain itu juga, cerita penedek dapat memberi peluang membuka  kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan kepada orang lain. Orang lain dapat mengambil manfaat terhadap pengetahuan tersebut. Kemahiran baharu dapat dipelajari melalui cerita pendek tersebut. Penggunaan teknologi juga dapat ditingkatkan daripada tidak tahu kepada tahu. Mereka juga lebih bermotivasi kemahiran mereka dan berkongsi kemahiran tersebut. Instagram juga dapat dimanfaatkan secara positif.
Bagi tenaga pengajar pula, Instagram dapat dijadikan sukatan baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran  kerana di bawah lingkup teknologi. Pengguna instagram juga dapat menggunakan Instagram dengan betul dan positif tanpa ada pengaruh negatif. Bahasa yang digunakan juga akan lebih positif dan kelakuan akan sentiasa terjaga ketika merakam video atau gambar. 

BBM3410Satu2020: KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN




KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN







Berdasarkan keputusan dan perbincangan melalui graf di atas , genre kesusasteraan dan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun.. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), peratusan puisi menunjukkan responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog iaitu sebanyak 66.7% lelaki dan 80% wanita. Cerpen pendek pula menunjukkan responden wanita mendauhului responden lelaki dengan peratusan sebanyak 86.7% lelaki dan 96.7% wanita. Mereka menulis cerpen pendek bagi menambah baik kemahiran menulis. Bagi penulisan skrip pula peratusan sebanyak 76.7% lelaki dan 93.3 wanita. Menulis skrip membantu mereka berimaginasi seperti yang ditulis. Bagi pantun pula, responden wanita tetap mendahului responden lelaki dengan peratusan sebanyak 86.7%  dan lelaki pula 66.7%






Graf menununjukkan penulisan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa. Menurut Normaliza Abd Rahim(2019) pembelajaran diperoleh melului penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Sebanyak 80% lelaki dan 83.3% wanita memilih untuk menulis surat kerana membantu meningkatkan keyakinan menulis. Mereka suka menulis dan menerima surat melalui blog kerana memberi lebih kepuasan. 100% golongan wanita memilih meluahkan perasaan melalui blog. Responden lelaki pula menyatakan perasaan malu untuk meluahkan perasaan di blog kerana dibaca oleh orang ramai. Menulis teka teki juga didahului oleh golongan wanita sebanyak 96.7% berbanding lelaki sebanyak 93.3%. Mereka suka menulis teka teki kerana menerima banyak komen jawapan kepada teka teki.




Penulisan blog membantu dalam pembelajaran teknologi. Responden suka untuk memasukkan video, audio dan gambar. Bagi mereka, teknologi memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu. Hantaran yang lengkap dapat dibuat dengan memasukkan gambar dan video dan memberi kepuasan kepada mereka. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), 100% golongan lelaki dan wanita memasukkan muzik video bagi kepuasan kepada mereka dan teruja untuk menyiarkan video klip kepada mereka.  Bagi audio pula 100% memasukkan audio ke dalam blog mereka dan mengandungi lagu kesukaan mereka. 10 lagu dimasukkan ke dalam senarai lagu. Bagi gambar pula, responden wanita lebih teruja untuk memasukkan gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit. Bagi mereka memuat turun gambar melalui telefon bimbit tidak memerlukan wayar dan mudah.


Berdasarkan keputusan perbincangan tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa melalui blog pelbagai manfaat dapat diperolehi sama ada kepada pelajar atau pengajar.



Rujukan:
Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.