ULASAN
Friday, July 17, 2020
Thursday, July 16, 2020
Thursday, June 18, 2020
BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)
MODEL PENCERITAAN
Lirik Lagu 1
Logo tersebut menggambarkan keluarga di mana ada ibu, ayah dan anak. Bibir yang tersenyum juga menggambarkan kegembiraan keluarga tersebut. Mereka saling melengkapi dan membantu antara satu sama lain. Logo tersebut bertepatan dengan lirik lagu. Bentuk love di atas juga menonjolkan rasa sayang dan cinta antara mereka. Logo tersebut juga berada di dalam kotak. Kotak tersebut menggambarkan rumah. Mereka bahagia berada di dalam rumah sendiri.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Penerbit UMT
BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM 2019)
PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit UPM.
BBM4310Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN TWITTER DAN FACEBOOK
PERBEZAAN KAJIAN TWITTER DAN FACEBOOK
- Twitter menjadi kegemaran antara pengguna dari segi kesederhanaan dalam penggunaan manakala facebook pula untuk komunikasi dengan rakan-rakan dan menyiapkan tugasan komunikatif.
- Twitter membantu tenaga pengajar dari segi kurikulum manakala facebook menjadi tempat untuk mengajar secara bersemuka.
- Twitter turut menyangkan berita tentang dunia manakala facebook kurang dari segi tersebut.
- Facebook melatih para pengguna dari segi penulisan dalam bahasa Inggeris manakala Twitter pula lebih kepada informasi semasa.
- Facebook lebih cenderung kepada pembelajaran dan interaksi dengan guru manakala Twitter lebih cenderung kepada berita dalam dan luar negara.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT.
Thursday, June 11, 2020
BBM3410Satu2020: AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI
BAB 8: IMPLIKASI PEDAGOGI
RUJUKAN:
Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim. 2019. Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 5
CERITA SOSIAL 5
Nilai
1. Membaca
Alim mempunyai banyak buku cerita. Hal tersebut menunjukkan Alim sangat suka membaca.
2. Kekemasan
Dapat dilihat daripada perbuatan Alim yang menyusun semua buku mengikut abjad.
3. Berkongsi
Alim berkongsi buku cerita dengan jiran sebelah rumah iaitu Sulaiman.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Penerbit UMT.
Thursday, June 4, 2020
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 4 (NORMALIZA ABD RAHUM, 2019)
CERITA SOSIAL 4
Nilai berkongsi
Alim ingin berkongsi kek cawan sempena hari lahirnya bersama kawan-kawan di sekolah. Hal ini membuktikan Alim seorang yang pemurah dan suka berkongsi.
Nilai penghargaan
Nilai penghargaan dapat ditonjolkan apabila Alim mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Hal tersebut menunjukka Alim seorang yang tahu menghargai.
Nilai berdikari
Nilai berdikari dapat ditonjolkan apabila Alim pandai mengemas katilnya sendiri sebelum ke sekolah. Hal tersebut menunjukkan Alim sudah pandai berdikari dan tidak mengharapkan orang lain lagi.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim, 2019, Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi, Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA
BAB 7: ISU DALAM RANGKAIN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA
RUJUKAN:
Noraien Mansur dan Normaliza Abd Rahim, 2019, Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT.
Wednesday, May 6, 2020
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
CERITA SOSIAL 3
Nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 3:
1. Tolong-menolong
- Alim dikatakan suka menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong ibu bapanya setiap hari dengan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Situasi tersebut menggambarkan sikap tolong menolong yang diterapkan dalam Cerita Sosial 3.
2. Bersabar
- Alim bersabar dalam melakukan kerja seharian di rumah seperti mengutip mainan, menyapu sampah dan menolonga adik beradik yang lain. Walaupun Alim berasa malas, namun dia tetap bersabar dan menghabiskan kerja-kerja tersebut.
3. Kasih sayang
- Nilai kasih sayang ditonjolkan apabila Alim mengungkapkan kata sayang kepada ahli keluarganya. Alim juga mengatakan bahawa dia rindu keluarganya setiap hari. Begitu juga ahli keluarganya mengungkapkan rasa sayang dan rindu kepada Alim.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. 2019. Strategi Wacana dan Strategi Komunikasi. Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
KEPENTINGAN ASAS GRAFIK
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Thursday, April 30, 2020
BBM3410Satu2020: RULE OF THIRD SWAFOTO
RULE OF THIRD SWAFOTO
Hai everything!
Jadi tugasan hari ini ialah menyiapkan satu postingan di facebook tentang penggunaan rule of third bagi swafoto.
Tugasan ini menerangkan tentang penggunaan rule of third dalam teknik swafoto. Lukisan bagi rule of third untuk swafoto dilukis (maafkan saya lukisan tidak cantik) dan dimuatnaik ke aplikasi facebook. Seterusnya, terdapat sedikit penerangan mengenai kepentingan rule of third bagi swafoto yang diambil.
Maafkan lukisan yang hodoh dan tak cantik ni.
Sesungguhnya saya sangatlah tidak berbakat dalam
bidang lukisan seperti oranf lain. Pegang pensil pun
keras tangan. hehe
Itu sahaja! Sayonara...!
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit UPM.
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2
CERITA SOSIAL 2

1. Kepatuhan
2. Berkongsi rezeki
3. Kesyukuran
Merujuk Cerita Sosial 2, nilai kepatuhan dapat diambil daripada situasi ibu yang menyuruh anak-anaknya meletakkan sampah di suatu tempat dan jangan diletak merata bagi memastikan rumah tidak kotor dan bersepah. Anak-anak pula mengangguk tanda patuh dan melakukan seperti yang disuruh oleh ibu. Mereka meletakkan sampah di tempat yang sepatutnya.
Nilai kedua pula iaitu berkongsi rezeki apabila Alim meminta izin kepada ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Baginya berkongsi barang atau makanan merupakan suatu perbuatan yang baik dan perlu dipraktikkan. Situasi tersebut menunjukkan nilai berkongsi rezeki dengan jiran tetangga dan tidak bersikap kedekut atau berkira.
Nilai ketiga pula ialah kesyukuran. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Hal ini menunjukkan tanda syukur kerana menerima pemberian dari orang lain.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: BAB 1 EH !!! MEDIA SOSIAL
Wednesday, April 29, 2020
BBM410Satu2020: PROF LIKE IG
BBM3410Satu2020: Eh!!! Media Sosial Bahagian A dan B
BAHAGIAN A
Sudilah kiranya membaca bebenang saya!
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2017. Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2017. Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT
BAHAGIAN B
Menulis cerita secara
individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan.
Cabaran sesorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga
bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuatkan mereka
keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka
penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran
bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi
mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses
pembelajaran.
(Noraien Mansor
& Normaliza Abd Rahim , 2017)
Merujuk pernyataan di
atas membincangkan minat pelajar terhadap proses penulisan dan penglibatan
terus pelajar dalam aktiviti. Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014, menulis cerita
memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Namun,
permasalahannya ialah pelajar kurang yakin dengan apa yang mereka tulis. Mereka
bersikap negarif terhadap penulisan mereka sendiri dan merasa takut sekiranya
penulisan mereka dibaca oleh orang lain. Hal ini berkemungkinan kerana mereka
takut orang yang membaca meninggalkan komen negatif atau perspektif yang tidak
menyenangkan. Bagi mengelakkan situasi berikut, mereka memilih untuk tidak
menulis meskipun manfaat menulis sangatlah besar.
Noraien Mansor dan
Normaliza Abd Rahim, 2017, pula menyatakan pelajar lebih suka dengan aktiviti
yang memerlukan dilakukan secara terus agar mereka boleh fokus terhadap proses
pembelajaran. Hal ini benar kerana aktiviti secara terus lebih efektif dan
mudah untuk dijalankan berbanding secara atas talian. Selain itu, penglibatan
secara terus dalam aktiviti juga mampu mengelakkan salah faham dalam pengajaran
dan mengelakkan kebosanan dalam pembelajaran. Salah faham dalam penyampaian
maklumat mungkin berlaku apabila mereka bersikap pasif dan memilih untuk
mendiamkan diri dan tidak banyak bersoal jawab. Mereka juga mudah merasa bosan
apabila mereka tidak terlibat dan mungkin memilih untuk tidak fokus di dalam
kelas dan melakukan kerja lain.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2017. Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2017. Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT
BBM3410Satu2020: STRATEGI KESOPANAN DAN CERITA SOSIAL 2
BAHAGIAN A
STRATEGI
KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)
Brown & Levinson (1987)
mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson
(1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas
mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian
kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson
(1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti
kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan
dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson
(1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai
keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan,
kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula
digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar
apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown &
levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald
on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record
(tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang
mengancam itu.
SITI
NOOR FARIHIN BINTI ABD MANAS 196321
RUJUKAN:
Normaliza
Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu
BAHAGIAN B
Ringkasan Cerita Sosial 2:
Bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli di pasar tani. Bapa Alim membeli buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Bapa Alim tahu, anak-anaknya, Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buaha-buahan tempatan. Sesampainya di rumah, bapa menyuruh abang Imran memanggil adik-adik dan ibunya untuk makan bersama. Madinah dan Aisyah teruja melihat buah-buahan yang banyak dan melompat kegembiraan. Ibu berpesan supaya meletakkan sampah di dalam bakul sampah dan jangan membuangnya merata-rata untuk mengelakkan rumah kotor dan bersepah. Alim dan adik-beradiknya mengangguk tanda faham. Alim menyatakan hasrat ingin memberi sedikit buah-buahan kepada jirannya Sulaiman kerana ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibu memuji sifat Alim yang ingat akan pesan ibu dan ayah sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik untuk diberikan kepada Sulaiman. Alim mengucapkan terima kasih kepada ibu dan berlalu menuju ke rumah Sulaiman. Selesai makan, Alim membantu abang Imran, Kak Madinah, ibu dan bapa untuk mengemas rumah. Alim membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang besar dan terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Alim menganggukkan kepala dan memberitahu Mak Cik Timah bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik. Mak Cik Timah mengangguk dan tersenyum gembira sambil berdoa semoga Alim dan keluarganya diberikan kesejahteraan yang baik.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS SHOT DAN RULE OF THIRD
BAHAGIAN A: JENIS-JENIS SHOT
BAHAGIAN B: RULE OF THIRD
Rule of Third merupakan
teknik fotografi yang penting. Teknik ini oleh digunakan dalam apa sahaja
subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan dalam imej fotograi.
Bagi mendapatkan gambar yang cantik dan sempurna, seseorang akan memfokuskan penglihatan
melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka
paparan. Rule of third digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting
daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Oleh itu, akan
muncul empat garis di skrin telefon yang berguna untuk memastikan gambar yang
diambil seimbang dari atas, bawah, tepi, kiri dan kanan. Rule of Third
dijadikan bingkai dan penentu keseimbangan gambar. Unsur-unsur gambar yang
penting dimasukkan ke dalam garisan dan persimpangan grid. Hal ini bertujuan
untuk memberi fokus kepada gambar yang ingin ditangkap dan menonjolkan objek
tersebut. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang
terbaik. Seseorang itu tidak boleh pegun kerana komposisi terbaik hanya boleh
didapati melalui pergerakan kamera. Namun, bukan semua situasi memerlukan Rule
of Third kerana ada kalanya tanpa Rule of Third juga, gambar masih kelihatan
cantik dan teratur. Oleh itu kepakaran individu yang menangkap gambar itu yang
ditekankan di mana tidak boleh kekok memegang kamera dan tahu arah untuk
mensasarkan lensa kamera. Rule of Third masih berguna bagi menghasilkan foto
yang cantik dan menarik.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim.
(2019) Multimedia Dalam Bahasa.
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Sunday, April 26, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)