Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2

CERITA SOSIAL 2



Tiga nilai yang diperoleh dari Cerita Sosial 2:
1. Kepatuhan
2. Berkongsi rezeki
3. Kesyukuran

Merujuk Cerita Sosial 2, nilai kepatuhan dapat diambil daripada situasi ibu yang menyuruh anak-anaknya meletakkan sampah di suatu tempat dan jangan diletak merata bagi memastikan rumah tidak kotor dan bersepah. Anak-anak pula mengangguk tanda patuh dan melakukan seperti yang disuruh oleh ibu. Mereka meletakkan sampah di tempat yang sepatutnya.

Nilai kedua pula iaitu berkongsi rezeki apabila Alim meminta izin kepada ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Baginya berkongsi barang atau makanan merupakan suatu perbuatan yang baik dan perlu dipraktikkan. Situasi tersebut menunjukkan nilai berkongsi rezeki dengan jiran tetangga dan tidak bersikap kedekut atau berkira.

Nilai ketiga pula ialah kesyukuran. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Hal ini menunjukkan tanda syukur kerana menerima pemberian dari orang lain.




Rujukan
Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit        UMT.

No comments:

Post a Comment