Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Eh!!! Media Sosial Bahagian A dan B


BAHAGIAN A

Sudilah kiranya membaca bebenang saya! 






Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2017. Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT


BAHAGIAN B





Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran sesorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuatkan mereka keberatan untuk menulis.
 (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim , 2017)

Merujuk pernyataan di atas membincangkan minat pelajar terhadap proses penulisan dan penglibatan terus pelajar dalam aktiviti. Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014, menulis cerita memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Namun, permasalahannya ialah pelajar kurang yakin dengan apa yang mereka tulis. Mereka bersikap negarif terhadap penulisan mereka sendiri dan merasa takut sekiranya penulisan mereka dibaca oleh orang lain. Hal ini berkemungkinan kerana mereka takut orang yang membaca meninggalkan komen negatif atau perspektif yang tidak menyenangkan. Bagi mengelakkan situasi berikut, mereka memilih untuk tidak menulis meskipun manfaat menulis sangatlah besar.
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim, 2017, pula menyatakan pelajar lebih suka dengan aktiviti yang memerlukan dilakukan secara terus agar mereka boleh fokus terhadap proses pembelajaran. Hal ini benar kerana aktiviti secara terus lebih efektif dan mudah untuk dijalankan berbanding secara atas talian. Selain itu, penglibatan secara terus dalam aktiviti juga mampu mengelakkan salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan dalam pembelajaran. Salah faham dalam penyampaian maklumat mungkin berlaku apabila mereka bersikap pasif dan memilih untuk mendiamkan diri dan tidak banyak bersoal jawab. Mereka juga mudah merasa bosan apabila mereka tidak terlibat dan mungkin memilih untuk tidak fokus di dalam kelas dan melakukan kerja lain.

Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2017. Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment