Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS SHOT DAN RULE OF THIRD



BAHAGIAN A: JENIS-JENIS SHOT


 



BAHAGIAN B: RULE OF THIRD




Rule of Third merupakan teknik fotografi yang penting. Teknik ini oleh digunakan dalam apa sahaja subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan dalam imej fotograi. Bagi mendapatkan gambar yang cantik dan sempurna, seseorang akan memfokuskan penglihatan melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Rule of third digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Oleh itu, akan muncul empat garis di skrin telefon yang berguna untuk memastikan gambar yang diambil seimbang dari atas, bawah, tepi, kiri dan kanan. Rule of Third dijadikan bingkai dan penentu keseimbangan gambar. Unsur-unsur gambar yang penting dimasukkan ke dalam garisan dan persimpangan grid. Hal ini bertujuan untuk memberi fokus kepada gambar yang ingin ditangkap dan menonjolkan objek tersebut. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seseorang itu tidak boleh pegun kerana komposisi terbaik hanya boleh didapati melalui pergerakan kamera. Namun, bukan semua situasi memerlukan Rule of Third kerana ada kalanya tanpa Rule of Third juga, gambar masih kelihatan cantik dan teratur. Oleh itu kepakaran individu yang menangkap gambar itu yang ditekankan di mana tidak boleh kekok memegang kamera dan tahu arah untuk mensasarkan lensa kamera. Rule of Third masih berguna bagi menghasilkan foto yang cantik dan menarik.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019) Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment