Thursday, February 27, 2020

BBM3210Satu2020: MODEL PENCERITAAN KELUARGA: BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak





[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati 
Menjaga budi pekerti
Keluarga yang saya cintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


 Model penceritaan ini bertemakan sebuah kekeluargaan. Seorang anak berasa puas hati dapat membantu ibu dan bapanya setiap hari. Dia dapat membantu dari pagi hingga ke malam. Dia membantu dari segi menguruskan rumah dan hal-hal lain. Dia membantu dari semua segi bagi memudahkan urusan ibu dan bapa. Walaupun kepenatan dengan hal-hal rumah, dia tetap meluahkan rasa gembira dapat membantu ibu dan bapa. Seorang anak itu juga menyatakan rasa sayangnya kepada ibu dan bapa. Dia berjanji akan berhati-hati dari segala hal. Dia akan berhati-hati dari segi keselamatan, pertuturan dan akhlak yang baik. Selain itu, dia juga berjanji untk menjaga budi pekerti apabila bersama dengan keluarga yang dicintai. Dia akan mencontohi budi pekerti ahli kelurganya yang lain dan bersikap baik. Seorang anak itu juga melafazkan kata sayang kepada ibu dan bapa, abang, kakak adik dan saudara. Baginya, semua ahli keluarga berada di sampingnya selalu ketika susah mahupun senang. Mereka sentiasa ada untuknya bagi berkongsi segala suka dan duka. Mereka juga sentiasa bersama. Cerita ini juga menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan yang erat bagi membentuk sebuah kelurga yang bahagia. Kelurga yang baik akan melahirkan ahli kelurga yang sentiasa menghormati dan sentiasa bersama. Keluarga juga penting untuk menjadi tonggak kekuatan ketika melakukan sesuatu tindakan. Oleh itu, semua ahli keluarga berperanan untuk membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.


 Rujukan:
Normaliza Abd Rahmi (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

Monday, February 24, 2020

BBM3410: BLANKET TEST 2.0

Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan kesesuaian?

Jawapan:
Kesesuaian bermaksud kesesuaian gambar mengikut latar seperti latar tempat, latar masa, latar watak yang ada dalam sesebuah gambar.


Soalan:
Gambar tersebut menunjukkan asas fotografi yang mana?

Jawapan: 
Asas fotografi dalam gambar berkenaan menunjukkan jenis medium shot. Medium shot dalam gambar menunjukkan seorang gadis yang jelas wajahnya dengan separa badan. Hal ini menunjukkan bahawa gambar medium shot untuk gambar berkenaan hendak memfokuskan gadis tersebut. 

BBM3410Satu2020: ULASAN TUGASAN ASAS GRAFIK


Kesemua ahli kumpulan bergambar setelah menerima semula tugasan yang dijalankan minggu lalu iaitu tugasan memilih gambar yang melambangkan asas grafik dan dilekatkan di atas mounting board dan dijadikan sebuah buku. Hasil tugasan telah menerima kritikan yang baik dan mendapat 3/5 bintang. Tugasan perlu diperbaiki lagi bagi memobolehkan hasil kerja mendapat markah penuh. Kesemua ahli kumpulan gembira dengan markah yang diterima dan berjanji untuk lebih berusaha keras bagi mendapatkan markah yang lebih baik. 


Asas Grafik:

Mudah: Gambar mudah difahami apabila
dipandang sekilas lalu.
Warna: kombinasi warna ataupun satu warna
dalam suatu gambar atau foto. Sebaiknya
tidak melebihi tiga warna.


Teks: Jenis font dan saiz yang digunakan dalam
persembahan grafik bertujuan menjelaskan
gambaran dengan lebih jelas.
Kesesuaian: Grafik sesuai dengan latar seperti latar
tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam foto.

Keseimbangan: Merujuk kepada ruang dalam foto
sama ada ruang atas, bawah, kiri dan kanan.

Sunday, February 23, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI

Asas fotografi terdiri daripada 11 jenis. Pada entri kali ini hanya lima jenis asas fotografi yang akan diterangkan iaitu:

Long Shot

Gambar ini menggunakan teknik long shot
yang ditangkap dari jarak yang jauh dan
menampakkan keseluruhan gambar. 

Gambar ini menujukkan gambar pemandangan yang diambil
dari jarak jauh yang menampakkan gambaran keseluruhan.







Medium Shot


Gambar ini diambil dengan jarak dekat dan
memfokuskan gadis yang berlatarbelakangkan
sebuah pintu kayu.
Gambar ini memfokuskan seorang gadis yang memegang
gambar buku dan diambil dari jarak yang dekat.






Potrait

Gambar ini memfokuskan keseluruhan anggota badan
seorang gadis dan diambil dengan jarak yang dekat.
Gambar ini memfokuskan bahagian kepala hingga
ke bahu sahaja dan diambil dengan jarak yang dekat.

Mug Shot


Wawa: Emosi gembira
Wawa: Emosi marah

Najwa: Emosi sebak
Najwa: Emosi hampir menangis



Farihin: Emosi tenang
Farihin: Emosi menjengkelkan


Anis: Emosi gembira
Anis: Emosi muram

Umirah: Emosi gembira
Umirah: Emosi menjengkelkan

Fathin: Emosi tenang
Fathin: Emosi marah

Fira: Emosi gembira
Fira: Emosi kecewa

Intan: Emosi menjengkelkan
Intan: Emosi ceria


Amirah:  Emosi gembira
Amirah:  Emosi muram

Faisal: Emosi teruja
Faisal: Emosi tenang

Close up


Gambar yang memfokuskan bahagian
mata dan diambil dengan teknik close up
Gambar lipstik diambil dengan teknik close up

Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020:CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Ringkasan Cerita Sosial 2:

Bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli di pasar tani. Bapa Alim membeli buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Bapa Alim tahu, anak-anaknya, Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buaha-buahan tempatan. Sesampainya di rumah, bapa menyuruh abang Imran memanggil adik-adik dan ibunya untuk makan bersama. Madinah dan Aisyah teruja melihat buah-buahan yang banyak  dan melompat kegembiraan. Ibu berpesan supaya meletakkan sampah di dalam bakul sampah dan jangan membuangnya merata-rata untuk mengelakkan rumah kotor dan bersepah. Alim dan adik-beradiknya mengangguk tanda faham. Alim menyatakan hasrat ingin memberi sedikit buah-buahan kepada jirannya Sulaiman kerana ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibu memuji sifat Alim yang ingat akan pesan ibu dan ayah sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik untuk diberikan kepada Sulaiman. Alim mengucapkan terima kasih kepada ibu dan berlalu menuju ke rumah Sulaiman. Selesai makan, Alim membantu abang Imran, Kak Madinah, ibu dan bapa untuk mengemas rumah. Alim membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang besar dan terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Alim menganggukkan kepala dan memberitahu Mak Cik Timah bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik. Mak Cik Timah mengangguk dan tersenyum gembira sambil berdoa semoga Alim dan keluarganya diberikan kesejahteraan yang baik. 




 Rujukan:
Normaliza Abd Rahmi (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Aktiviti 2: Buku Eh!!! Media Sosial



Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

Asas Grafik

Asas grafik terdiri daripada lima elemen:

  1. Mudah
  • Mesej yang ingin disampaikan dalam sesuatu gambar, mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.
      2. Warna
  • Kombinasi warna atau satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto atau video.
      3. Teks
  • Merujuk kepada saiz dan jenis font yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan dalam teks juga diambil kira bagai tujuan pemahaman terhadap grafik.
      4. Kesesuaian
  • Grafik mestilah bersesuaian dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto ataupun video.
      5. Keseimbangan
  • Merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang merujuk kepada ruang di kiri atau di kanan, atas dan bawah. 

Proses-Proses Penghasilan Elemen Asas Grafik

Setiap kumpulan terdiri daripada sepuluh orang ahli. Setiap ahli memainkan peranan masing-masing dalam menghasilkan sebuah hasil kerja yang memaparkan elemen asas grafik. Proses penghasilan tersebut mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Proses ini memerlukan ketelitian bagi menonjolkan elemen asas grafik yang sesuai.

Gambar 1
Ahli kumpulan sedang meneliti gambar yang bersesuaian dengan elemen asas grafik
.

Gambar 2
Ahli kumpulan sedang melakukan proses memotong bahan dari majalah.

Gambar 3
Proses melekatkan bahan yang dipilih ke atas mounting board.




Gambar 4
Hasil pemotongan huruf yang belum dilekatkan di atas mounting
board. 


Hasil Elemen Asas Grafik

Proses-proses yang dijalankan telah menghasilkan sebuah "buku" yang memaparkan elemen asas grafik iaitu teks, kesesuaian, keseimbangan, warna dan mudah. 

Gambar 1
Gambar yang dipilih menunjukkan elemen teks. Teks tersebut menerangkan 
dengan jelas perkara yang ingin ditekankan. Gambar yang dipaparkan tidak 
memainkan peraranan penting melainkan hanya ilustrasi yang tenang dan sesuai
dengan kombinasi warna.



Gambar 2
Gambar ini menerangkan elemen asas grafik kesesuaian.
Kombinasi warna yang dipilih sesuai dengan jenis 
dan saiz font.



Gambar 3
Elemen keseimbangan. Kombinasi warna, teks dan latar
 menonjolkan keseimbangan dalam gambar
tersebut. 


Gambar 4
Gambar ini menonjolkan elemen asas grafik warna. Kombinasi
warna gelap dan terang memainkan peranan untuk menonjolkan
gambar. Penggunaan warna juga tidak keterlaluan. 



Gambar 5
Muka hadapan yang telah siap dilekatkan di mounting 
board berdasarkan kreativiti ahli kumpulan


Kerja-kerja penghasilan "buku" yang menonjolkan lima elemen asas grafik ini telah berjaya disiapkan dan dihantar kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim pada pukul 1.30 p.m. Tugasan ini memerlukan kerjasama dan ketelitian yang tinggi dalam kalangan ahli kumpulan. 




BBM3210Satu2020: BLANKET TEST

Soalan: 
Apakah elemen asas grafik dari sebuah gambar pemandangan di sebuah jeti?

Jawapan:
Elemen asas grafik yang ditonjolkan dalam gambar pemandangan di sebuah jeti tersebut ialah teks.
Hal ini kerana jika dipandang, seseorang dapat mengetahui bahawa gambar tersebut merupakan pemandangan di sebuah jeti dan tidak memerlukan bantuan teks untuk menerangkan pemandangan tersebut.

Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: KELUARGA

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ini saya mahu menceritakan sedikit sebanyak tentang keluarga saya. Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. Saya mempunyai sepuluh orang adik beradik dan saya merupakan anak ke-8. Saya mempunyai lima orang kakak, dua orang abang dan dua orang adik. Ayah saya bernama Abd Manas bin Ibrahim dan ibu saya pula bernama Siti Asah binti Wahab dan berusia 61 tahun. Ibu dan ayah saya berasal dari Kedah.
Kakak saya bernama Siti Nor Hayati, Siti Noor Hidayah, Siti Noor Aini, Siti Noor Hasyimah dan Siti Nor Azizah. Kelima-lima orang kakak saya sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Ramai kan kakak saya? 

Abang saya pula bernama Muhammad Iqbal Fitri dan belum berkahwin manakala seorang lagi bernama Mohd Kharul Akhmal dan telah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sulung pada bulan Mac nanti. Adik saya pula bernama Abd Hadi dan berusia 18 tahun, lepasan SPM, manakala seorang lagi bernama Muhammad Adam Arif dan berusia 12 tahun serta bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.


Saya gembira kerana memiliki sebuah keluarga yang besar dan sentiasa membantu ketika menghadapi kesulitan. Ketika menyambut bulan Ramadhan dan hari raya pula, suasananya sungguh meriah kerana dipenuhi dengan ahli keluarga yang ramai. Ibu dan ayah pula tidaklah merasa sunyi apabila abang dan kakak yang sudah berkahwin berpindah kerana yang belum berkahwin masih ramai. 


Walaupun adik beradik saya ramai, kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak dinafikan sering juga berlaku salah  faham antara kami namun dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Saya sangat sayangkan keluarga besar saya dan berharap diberi peluang untuk membalas segala jasa dan pengorbanan keluarga saya suatu hari nanti. :)










BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 1

Sinopsis Cerita Sosial 1



Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim pulang ke kampung datuk dan neneknya yang terletak di Kajang. Kepulangannya disambut mesra oleh datuk dan nenek. Semasa ibu, ayah, kakak dan abangnya sedang mengangkat barang, Alim pula tercari-cari ayam ayam dan itik kepunyaan atuk dan nenek tetapi tidak kelihatan lalu menangis kerana menyangka ayam dan itik telah mati. Atuk dan nenek datang memujuk dengan menunjukkan ayam dan itik yang ditempatkan di dalam reban baru. Alim berasa keliru namun berhenti menangis dan tersenyum melihat ayam dan itik yang berada di dalam reban baru. Setelah puas melihat ayam dan itik di dalam reban, Alim masuk ke rumah dan berasa keliru dengan keadaan dan suasana baru rumah. Alim berasa sedih dan menangis lagi kerana menyangka rumah datuk dan nenek sudah tiada. Nenek memujuk Alim sekali lagi dengan menceritakan perihal almari, katil, kerusi dapur kepada Alim. Alim berhenti menangis dan kembali ke ruang tamu menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Mereka bergelak ketawa bersama menonton rancangan kartun yang disiarkan. Ibu dan ayah berasa sedih melihat kelakuan Alim pada hari tersebut dan berasa hairan dengan gelagat Alim yang mudah menangis tanpa sebab. Namun ibu dan ayah berusaha untuk memahami keadaan Alim dan cuba untuk membantunya. Suasana di kampung telah membuatkan ikatan kekeluargaan Alim menjadi bertambah erat.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahmi (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

BBM3410Satu2020: PENULISAN BLOG

10 Cara Penulisan Blog yang Baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Perkara di atas menerangkan tentang tatacara menulis blog yang baik bagi pengguna baharu. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menetapkan tajuk blog yang dapat menarik perhatian pembaca dan kelihatan lebih moden. Setelah itu, mulakan dengan postingan pertama yang juga menarik untuk dibaca oleh orang luar. Penggunaan ayat mestilah nampak menarik, ringkas dan padat serta dapat difahami. Penggunaan ayat yang berunsur humor dan jenaka juga merupakan salah satu cara untuk membuatkannya lebih menarik dan membantu untuk mendapatkan pembaca tetap. Hujah-hujah yang digunakan juga mestilah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan dan kaitkan dengan isu-isu semasa dan berita terkini. Setiap penulisan mestilah mudah untuk difahami dan susunan ayatnya tidak becelaru. Penulisan itu juga mestilah menggambarkan penulis sedang berkomunikasi dengan pembaca. Nilai moral dan estetika ditekankan dalam penulisan supaya pembaca dapat mengambil sesuatu daripada postingan anda. Akhir sekali, setiap penulisan mestilah didasari dengan ilmu pengetahuan yang luas tentang sesuatu yang disampaikan dalam postingan tersebut. 

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT


BBM3410satu2020: TENTANG DIRI

Bismillah. 
Assalamualaikum dan hai semua! 

Nama saya Siti Noor Farihin Binti Abd Manas. Panjang kan nama saya? Untuk lebih mudah, panggil je Faa. 

Saya berumur 22 tahun dan sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya merupakan anak jati kelahiran negeri Kedah. Saya dilahirkan di Hospital Kuala Nerang, Kedah pada tanggal 11 Ogos 1998. Saya merupakan anak ke-8 daripada 10 orang adik beradik. Saya mengambil jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM. Sekarang saya berada di tahun dua semester dua. 

Harapan terbesar saya sebagai seorang pelajar  ialah dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang sedang saya pelajari dan harapan sebagai seorang anak ialah dapat membalas jasa ibu dan ayah serta keluarga.

Selamat berkenalan ye semua! :)